KITAR SEMULA
APA ITU KITAR SEMULA ?
TAHUKAH ANDA ?
Tahukah anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi dan tidak berguna.. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas. Semakin hari, semakin banyak kita menghasilkan dan membuang sampah dan ini menyebabkan bumi kita akan kotor dan jumlah sampah akan meningkat dari hari ke hari. Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.
DEFINISI KITAR SEMULA
Terdapat banyak definisi yang boleh dikaitkan dengan kitar semula, tetapi banyak yang mendifinisikan bahawa kitar semula ini adalah suatu proses yang mengolah semula bahan buangan yang tidak boleh dipakai untuk menghasilkan barangan yang baru. Terdapat beberapa bahan buangan atau sampah yang yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebgai satu barangan dan baru atau barangan sama dengan memproses semula barangan tersebut. Proses kitar semula dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah yang baru yang mana kita dapat menjimatkan os dari membuat sesuatu bahan dengan menggunakan bahan mentah yang baru.

------------------------------------------------------------------------
APA ITU 3R
Anda tahu apa itu 3R ??? Sudah pasti semua daripada ini didedahkan
dengan 3R J…3R
selalu dikaitkan dengan kitar semula.
3R itu ialah REDUCE, REUSE AND RECYCLE
- · REDUCE(Kurangkan)
- · REUSE (Guna Semula)
Reuse ialah kita menggunakan semula
barang yang telah dipakai sekiranya ia masih elok untuk digunakan. Dan apabila
kita menggunakan semula bahan-bahan tersebut, kita dapat mengurangkan sisa
perbuangan.
- · RECYCLE(Kitar Semula)
“Re” merujuk kepada “untuk
melakukan sekali lagi” dan “cycle” pula pusingan. Oleh yang
demikian, kitar semula merujuk kepada mengasingkan sisa dan kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memproseskannya semula
supaya menjadi produk yang baru yang dapat digunakan dengan baik.
Comments
Post a Comment