Assalamualaikum . :) ok ! kita sambung lagi tentang kitar semula .. kali ini kita bincang bahan-bahan kitar semula dan seumpamanya ....
BAHAN-BAHAN
KITAR SEMULA
Untuk kitar semula, ia mempunyai bahan yang tertentu yang boleh
dikitar semula. Ada sampah-sarap yang tidak boleh dikitar semula kerana tidak
boleh digunakan lagi dan ada sesetengah yang boleh dikitar semula dan dapat
diguna dengan baik. Antara bahan–bahan yang dapat dikitar semua ialah
bahan-bahan seperti kaca, aluminium, kertas, logam, plastik, tekstil, dan bahan
elektronik. Sampah sarap seperti sisa-sisa makanan tidak dianggap sebagai bahan
kitar semula.
Proses /
aktiviti kitar semula
Untuk proses kitar semula, ia mempunyai langkah-langkah yang perku
diikuti.pertama sekali untuk proses mengitar semula, kita perlu mengasingkan
sampah-sampah yang kita ingin buang seperti kaca, kertas, tin dan sebagainya. Kemudian,
letakkan ia didalam plastic dan masukkan kedalam tong sampah kitar semula yang
telah disediakan. Pihak pengurusan yang terlibat akan membawanya ke tempat atau
kilang kitar semula untuk mengitar semula bahan untuk dijadikan yang baru.
KENALI
WARNA TONG SAMPAH KITAR SEMULA
Jom kenali maksud yang tersirat melalui warna-warna tong sampah
kitar semula yang ditetapkan J
BIRU
Kegunaan
: untuk bahan-bahan kertas.
Semua kertas berwarna atau tidak termasuklah akhbar, helaian majalah, risalah, kalendar, kotak dan sebagainya.
Tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium dan juga kertas yang kotor.
COKLAT
Kegunaan: untuk bahan-bahan kaca.
Termasuk semua kaca yang berwarna atau tidak, seperti botol minuman ringan, balamh makanan, dan botol-botol kosmetik
Ia tidak termasuk dengan Kristal, cermin, cermin kenderaan, seramik, porselin dan juga botol /balang toksik.
JINGGA
Kegunaan : untuk semua bahan tin aluminium, tin keluli dan plastik.
Ia termasuk semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan plastik. Semua jenis plastic yang berwarna atau tidak.
Tidak dikira dengan bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan juga bekas styroforn
Comments
Post a Comment