ANTARA KERATAN AKHBAR DAN BERITA MENGENAI KITAR SEMULA

          Banyak aktiviti kitar semula dilakukan oleh kebanyakan penduduk setempat. Antaranya dapat dilihat melalui keratin-keratan akhbar yang disediakan.















LAPORAN MENGENAI AKTIVITI KITAR SEMULA
          Antara laporan-laporan yang dapat dilihat tentang aktiviti kitar semula yang telah dijalankan terlalu banyak . ini adalah salah satu antara laporan yang disediakan oleh  Kelab Alam Sekitar IPG.
 
          Pada 30 April 2011 yang lalu, Kelab Alam Sekitar IPG Kampus Batu Lintang telah mengadakan satu aktiviti kitar semula dengan kerjasama Biro Kediaman Pelajar JPP Sesi 2011/2012. Aktiviti ini telah dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan yang diadakan pada waktu yang sama.
          Sebelum gotong-royong dimulakan, sebuah taklimat kolej kediaman telah diadakan di perkarangan Masjid Al-Muallimin. Setelah taklimat ringkas diberikan oleh ketua warden,taklimat ringkas berkenaan aktiviti kelab yang baru sahaja ditubuhkan diberikan kepada peserta yang terlibat dan disampaikan oleh saudara Fong Jia Jinn selaku ahli kelab dan Ketua Biro Kediaman Pelajar. Aktiviti “RECYCLE,  REUSE AND REDUCE” kali ini9 merupakan kerjasama Kelab Alam Sekitar dan Biro Kediaman pelajar. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan dan menghebahkan kepada para penghuni kolej-kolej kediaman akan kewujudan kelab dan perjalanan aktiviti Kitar Semula ini. 
          Label ‘kertas’, ‘kaca & plastik’ dan ‘Besi  & Alumunium’ telah diletakkan di ruang berhadapan dengan sinki di blok KKWA Dan di ruang legar blok KKWB dan KKWC. Notis-notis hebahan ditampalkan di papan-papan notis dan tiang untuk menggalakan guru-guru meletakkan barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab bagi setiap blok telah mengutip hasil barang kitar semula yang dikumpulkan menggunakan plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan kelab dua hari selepas gotong-royong dijalankan. 
          Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Intitusi Warden IPG Kampus Batu Lintang dan guru-guru pelatih yang telah memilih untuk mengitar semula barang mereka dan tidak membuangnya di tong sampah. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.


         


KESIMPULAN
          

                   Secara keseluruhannya, klitar semula ini merupakan satu inisiatif yang amat berkesan dalam membantu menyelamatkan bumi dari berlakunya pelbagai pembaziran barang-barang yang dapat digunakan semula. Barang-barang yang dapat dikitar semula dapat diguna secara berulang kali dan dapat diguna dengan lebih baik dari yang kali pertama digunakan. Jadi, wajarlah kita sebagai seorang insan yang sayangkan bumi dari berlaku kemusnahan alam sekitar perlu menanamkan sikap dan mengamalkan amalan kitar semula dalam iri kita dan keluarga kerana ia sedikit sebnyak dapat menyelamatkan bumi dari berlaku kemusnahan alam seperi kesan rumah hijau, dan pemanasan global dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

KITAR SEMULA